Showing posts with label Cooking time. Show all posts
Showing posts with label Cooking time. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

Resepi rempeyek -free style..

Assalammualaikum bloggi... Alhamdulillah 2hari lepas dapatlah buat setengah kampit rempeyek. Dan alhamdulillah,  kali ni punyer resepi ada gambar. Demo dilakukan oleh mak gayah... Rempeyek ni bukan jenis bulat-bulat...jenis suka hati. Ehehe.. Okaylah tak payah nak mukadimah melebar jum tengok resepinya..

Bahan-bahan:

1 bungkus tepung beras
1 biji kelapa parut- perah dan asingkan yang pekat dan cair
4sudu Ketumbar biji
2sudu jintan kasar
1sudu jintan halus
2biji buah keras
7biji bawang putih
3 1/2 @ 4 peket udang kering (y dah bungkus rm 1.00 sepeket)*cari yang merah2 sikit ye..
Segenggam ikan bilis - kalau tak nak tak ape
1 1/2 kg Kacang tanah- disangan dan di gesek biar pecah kulit/kalau taknak pecah kulit tak apa.
2 biji telor
2 sudu teh garam -letak sikit-sikit dulu
1sudu teh ajinomoto -optional
1/2 sudu teh air kapur

Cara-cara:

*kacang setelah disangan dan digesek untuk buang kulit, ambil sedikit cuci dan toskan.

*dalam mangkuk campurkan ketumbar,jintan halus,jintan kasar,buah keras dan bawang putih.rendam tapi jangan banyak air.
*ikan bilis dan udang kering juga direndam. Kemudian kisar halus kesemua bahan *

1) tepung beras diayak dan diletak dalam bekas seeloknya mangkuk besar.
2) dalam bekas tepung,masukkan bahan yang telah dikisar,telur dan santan pekat.gaul rata.
*kalau adunan terlalu pekat,tambahkan sedikit santan cair. Cair adunan mestilah seperti kalis ditangan.maksud tak terlalu pekat atau cair.
3) masukkan garam dan aji. Rasa sikit adunan. Tambah apa yang kurang.
4) panaskan kuali dengan sukatan minyak,separuh daripada kuali. Pastikan kuali dan minyak cukop panas. Simbah tepi-tepi kuali dengan minyak supaya bila kita seret adunan,adunan tak meleret jatuh.
*gunakan api agak besar atau sedang ketika nak panaskan kuali. Mesti betul-betul panas ye. Then,lepas dah buat 1kali round,boleh kecilkan api.gunakan api yang kecil tapi bukan hanya menyala ditengah..paham tak..hhiihii.
Selanjutnye boleh chekitdaout pic kt bawah.
Erm..jangan lupa tau kalau dah cuba,atau any question,..drop comment wokey.
#menaip sambil makan eskrim lime dan vanila cream..slurpppp..
#da byk kali edit gambar,tapi tak nak ikot turutan jugak.degill..enjoy je la k

Wednesday, May 15, 2013

Resepi mee kari mak haku :D

Assalammualaikum bloggi..hari ini..nak kongsi resepi mee kari mak gayah( my mom :> ) .. Hari tu janji nak kongsi resepi rempeyek kan..waida tak lupa tapi kebetulan mak gayah nak buat sikit so,dapatlah waida snap pix nanti shared dengan kamu orang.. So tunggu tao... Mee memang feveret waida dari kecik lagi.. Bagilah berape jenis pon..suke sangat.. ( tapi kalau kurang enak... Urm.hehehe ).. Tak payah cerite panjang... Turunkan anak mata kamu ke bawah..

Bahan- bahan »

Ayam -1/2 ekor / 1 ekor (sh)
Udang - 1/2 kg (sh)
Daging - 1/2 kg (sh)
Kerang - 1kg (sh)
Bawang putih -7 ulas
Bawang besar - 2 biji
Halia - sikit/seruas jari-jemarimu
Kari daging - 3 sudu
Kari ikan - 2 sudu
Ikan bilis - segenggam (tak nak letak pun tak pe)
Lada kering - 9-10 batang ( ikot nak pedas mana)
Kerisik - 3 sudu / santan
Daun kari - sesedap petik
Rempah tumis - ikut suka/ rm 1.00
Garam & mak aji - ikot rase tekak

*** SH - SUKA HATI

Cara-cara»

· mula-mula rebus ayam,kepale udang/udang,kerang dan daging secara berasingan. Kalau kamu nak guna satu air pun boleh.maksudnya,mula -mula rebus daging bila dah empuk keluarkan daging masukkan ayam dan seterusnya. Untuk udang,guna kepale udang sekali sebab banyak rase kat kepale die       badan udang pun boleh rebus sama tapi jangan lama,agak-agak dah kuning/oren kepale udang/badan udang tu,then boleh angkat.. Untuk kerang... Awak JANGAN rebus masuk dalam air rebusan yang sama.. Kerang rebus ASING ok... Air rebusan ayam + daging + kepala udang & badannya.. Jangan buang...ini adalah stok untuk menambah rase dan kelazatan kuah.
Ayam tu untuk yang bahagian isi boleh lah dicerai-ceraikan halus-halus, bagi bahagian tulang boleh campak masuk kuah nanti, samalah yang daging pun..nak cerai-ceraikan isinya pun boleh.kepala udang lepas dah rebus boleh hantar masuk tong sampah. Asingkan kesemua bahan ini dalam mangkuk berasingan untuk tujuan toping mee..( toping ke? Ala untuk letak atas mee bukan untuk masuk dalam kuah ye).
· kemudian blenderkan ikan bilis bersama lada kering,  bawang besar, bawang putih dan halia. Dah bagitahu tadi kalau tak nak guna ikan bilis..pun takpe.

1]  tumis rempah ratus sehingga kembang lubang hidong..ehehe sampai naik bau ye.. Kemudian,masukkan bahan-bahan yang telah dikisar/di blend kan tadi. Tumis sampai pecah minyak.. ( pastikan masak ye semua bahan, nanti sakit perot)

2] masukkan rempah kari daging dan kari ikan. Kalau tak mahu letak kari ikan pun tak pe..tapi mungkin boleh lebihkan sedikit kari daging dalam setengah ke satu sudu.masukkan daun kari. Gaul rata.Boleh jugak ditambah sos cili ( biase kalau waida nak tambah masuk waida guna sos cili kimball...letak 2 sudu.kalau takot terpedas tak payah letak pun tak pe). Gaul rata semua bahan. Masukkan santan/kerisik.Nak jadikkan macam pes pun boleh tapi hati-hati takot garing sangat sampai hangit.kecilkan sedikit api.

3] sekarang,masukkan air stok/rebusan tadi,gaul perlahan. Agak-agak sudah sebati atau sudah menggelegak sikit..tambah sikit air biasa untuk bagi banyak kuah.gaul. Api boleh besarkan sikit/sederhana. Kalau ada bahagian tulang ayam boleh lah masukkan,kentang ke.. Tak ada tak ape.

4] masukkan garam, ajinomoto atau perasa... Rasa clear dah boleh tutup api. Kalau rasa tak kick ?tambahlah apa patut. Kalau yang taknak guna kerisik atau santan pun tak pe..maksudnye tak payah letak.

**Biasanya orang johor suka makan mee kari samada perah limau kasturi ataupun makan bersama dengan jeruk lada. Urmppp!!!
serving suggestion by picture... Tak ada. Tapi by writing ada.hehehe eleh korang semua mesti tahulah nak serve diri sendiri ye tak? Kalau tak tahu pergi google sekarang..
Kamu semua jangan lupa celor mee,sayor sawi dan taugeh ye... Hope enjoy. Any comment,question..  wrote down wokey.
-wassalam

Tuesday, April 9, 2013

Rendang Daging Atok Saya...

Assalamualaikum bloggi...kali ni punya entri nak kongsi resepi . sebenarnya, haritu time online FB, terperasan ada orang post katanya Ramadhan akan tiba kurang dari 100 hari . cepat-cepat grab calendar.wah betullah...mesti ada yang terkujatkan. ehem..ehem.. kalau ada hari yang kantoi tu jangn lupa nak ganti... resepi ni sebenarnya atok mi yang punya,kemudian atok waida yang bagi pada mak dan mak mewariskan pula pada anak-anak dia ..eh dah macam cerita waris pulak..eii seram neh..hahaaa... kami memang suka makan rendang. tak kira raya atau tak. tekak rasa nak makan je, terus pergi cari bahan. sempena Ramadhan ni, apa kata kita sajikan rendang untuk hari pertama puasa. rasanya ramai yang akan balik berkumpul satu family untuk sambut 1 ramadhankan. bolehlah masak special lagi-lagi untuk yang jauh,yang konfirm tak dapat balik raya,yang kena balik Universiti (luar negara biasanya),... mengeratkan hubungankan... celoteh panjang-panjang pun nk buat apa. jom kita check it out apa resepi nya...

bahan - bahan :

1kg daging
15 batang cili kering
7-9 biji bawang putih
2 biji bawang besar
2 senduk rempah daging
1 senduk rempah ikan - taknak pun takpe. saja untuk lagi rasa berempah.sedap kalau letak
7-9 batng serai ( diikat dan dititik)
3 helai daun kunyit (dihirs)
2 helai daun limau purut (dihiris)
rempah tumis - guna yang dalam paket rm 1.00
2 paket kerisik - kalau guna paket besar 1 paket saja
2 sudu gula
garam dan ajinomoto secukup rasa-sapa yang tak na pakai pak aji ..xpe..
minyak untuk menumis

Cara-cara:

* pertama sekali blend kan LADA KERING,BAWANG BESAR dan BAWANG PUTIH.
1. tumiskan rempah tumis sehingga nak bau.
2. setelah naik bau,masukkan bahan yang telah di blend. tumis sehingga pecah minyak.
( agak-agak da masak,ada bau naik..okaylah tu..)
3. kemudian,masukkan kedua-dua rempah kari.gaul rata dan biarkan dia masak seketika.
4. masukkan daging.gaul bagi dia bercampur dengan semua bahan. (kalau ada yang nak rebus sekejap daging..jangan bagi terlalu masak..biar dia half cook dan air rebusan jangan buang.)
5. sekarang,masukkan daun kunyit dan daun limau purut. gaul ..biar aroma dia naik sampai jiran sebelah melopong hidung dia.hahhaa...
6. barulah masukkan kerisik . gaul rata dan masukkan air ( kalau awak2 ada air rebusan daging..masukkan saja..kalau tak cukup baru tambah air biasa) . bila masukkan air pastikan dia menutupi daging tersebut atau sama paras dengan daging..jangan kurang atau terlalu lebih. kalau lebih sangat,jenuh nak menunggu kering.
7. agak-agak air susut sedikit. masukkanlah garam,gula,ajinomoto secukup rasa tekak awak semua.
8. gunakan api yang paling kecil untuk keringkan rendang tu. jangan lupa untuk gaul sekali sekala...nanti berkerak pula yang bawah tu.

okayla selamat mencuba. sorry tak dapatlah nak tunjuk sample gambar. waida tau awak-awak semua ni teror masak. hihihi..janga lupa feedback kalau dah cuba yee...