Sunday, May 26, 2013
Republish- malam sepi + edit entri..
Wednesday, May 22, 2013
Resepi rempeyek -free style..
Assalammualaikum bloggi... Alhamdulillah 2hari lepas dapatlah buat setengah kampit rempeyek. Dan alhamdulillah, kali ni punyer resepi ada gambar. Demo dilakukan oleh mak gayah... Rempeyek ni bukan jenis bulat-bulat...jenis suka hati. Ehehe.. Okaylah tak payah nak mukadimah melebar jum tengok resepinya..
Bahan-bahan:
1 bungkus tepung beras
1 biji kelapa parut- perah dan asingkan yang pekat dan cair
4sudu Ketumbar biji
2sudu jintan kasar
1sudu jintan halus
2biji buah keras
7biji bawang putih
3 1/2 @ 4 peket udang kering (y dah bungkus rm 1.00 sepeket)*cari yang merah2 sikit ye..
Segenggam ikan bilis - kalau tak nak tak ape
1 1/2 kg Kacang tanah- disangan dan di gesek biar pecah kulit/kalau taknak pecah kulit tak apa.
2 biji telor
2 sudu teh garam -letak sikit-sikit dulu
1sudu teh ajinomoto -optional
1/2 sudu teh air kapur
Cara-cara:
*kacang setelah disangan dan digesek untuk buang kulit, ambil sedikit cuci dan toskan.
*dalam mangkuk campurkan ketumbar,jintan halus,jintan kasar,buah keras dan bawang putih.rendam tapi jangan banyak air.
*ikan bilis dan udang kering juga direndam. Kemudian kisar halus kesemua bahan *
1) tepung beras diayak dan diletak dalam bekas seeloknya mangkuk besar.
2) dalam bekas tepung,masukkan bahan yang telah dikisar,telur dan santan pekat.gaul rata.
*kalau adunan terlalu pekat,tambahkan sedikit santan cair. Cair adunan mestilah seperti kalis ditangan.maksud tak terlalu pekat atau cair.
3) masukkan garam dan aji. Rasa sikit adunan. Tambah apa yang kurang.
4) panaskan kuali dengan sukatan minyak,separuh daripada kuali. Pastikan kuali dan minyak cukop panas. Simbah tepi-tepi kuali dengan minyak supaya bila kita seret adunan,adunan tak meleret jatuh.
*gunakan api agak besar atau sedang ketika nak panaskan kuali. Mesti betul-betul panas ye. Then,lepas dah buat 1kali round,boleh kecilkan api.gunakan api yang kecil tapi bukan hanya menyala ditengah..paham tak..hhiihii.
Selanjutnye boleh chekitdaout pic kt bawah.
Erm..jangan lupa tau kalau dah cuba,atau any question,..drop comment wokey.
#menaip sambil makan eskrim lime dan vanila cream..slurpppp..
#da byk kali edit gambar,tapi tak nak ikot turutan jugak.degill..enjoy je la k
Wednesday, May 15, 2013
Resepi mee kari mak haku :D
Assalammualaikum bloggi..hari ini..nak kongsi resepi mee kari mak gayah( my mom :> ) .. Hari tu janji nak kongsi resepi rempeyek kan..waida tak lupa tapi kebetulan mak gayah nak buat sikit so,dapatlah waida snap pix nanti shared dengan kamu orang.. So tunggu tao... Mee memang feveret waida dari kecik lagi.. Bagilah berape jenis pon..suke sangat.. ( tapi kalau kurang enak... Urm.hehehe ).. Tak payah cerite panjang... Turunkan anak mata kamu ke bawah..
Bahan- bahan »
Ayam -1/2 ekor / 1 ekor (sh)
Udang - 1/2 kg (sh)
Daging - 1/2 kg (sh)
Kerang - 1kg (sh)
Bawang putih -7 ulas
Bawang besar - 2 biji
Halia - sikit/seruas jari-jemarimu
Kari daging - 3 sudu
Kari ikan - 2 sudu
Ikan bilis - segenggam (tak nak letak pun tak pe)
Lada kering - 9-10 batang ( ikot nak pedas mana)
Kerisik - 3 sudu / santan
Daun kari - sesedap petik
Rempah tumis - ikut suka/ rm 1.00
Garam & mak aji - ikot rase tekak
*** SH - SUKA HATI
Cara-cara»
· mula-mula rebus ayam,kepale udang/udang,kerang dan daging secara berasingan. Kalau kamu nak guna satu air pun boleh.maksudnya,mula -mula rebus daging bila dah empuk keluarkan daging masukkan ayam dan seterusnya. Untuk udang,guna kepale udang sekali sebab banyak rase kat kepale die badan udang pun boleh rebus sama tapi jangan lama,agak-agak dah kuning/oren kepale udang/badan udang tu,then boleh angkat.. Untuk kerang... Awak JANGAN rebus masuk dalam air rebusan yang sama.. Kerang rebus ASING ok... Air rebusan ayam + daging + kepala udang & badannya.. Jangan buang...ini adalah stok untuk menambah rase dan kelazatan kuah.
Ayam tu untuk yang bahagian isi boleh lah dicerai-ceraikan halus-halus, bagi bahagian tulang boleh campak masuk kuah nanti, samalah yang daging pun..nak cerai-ceraikan isinya pun boleh.kepala udang lepas dah rebus boleh hantar masuk tong sampah. Asingkan kesemua bahan ini dalam mangkuk berasingan untuk tujuan toping mee..( toping ke? Ala untuk letak atas mee bukan untuk masuk dalam kuah ye).
· kemudian blenderkan ikan bilis bersama lada kering, bawang besar, bawang putih dan halia. Dah bagitahu tadi kalau tak nak guna ikan bilis..pun takpe.
1] tumis rempah ratus sehingga kembang lubang hidong..ehehe sampai naik bau ye.. Kemudian,masukkan bahan-bahan yang telah dikisar/di blend kan tadi. Tumis sampai pecah minyak.. ( pastikan masak ye semua bahan, nanti sakit perot)
2] masukkan rempah kari daging dan kari ikan. Kalau tak mahu letak kari ikan pun tak pe..tapi mungkin boleh lebihkan sedikit kari daging dalam setengah ke satu sudu.masukkan daun kari. Gaul rata.Boleh jugak ditambah sos cili ( biase kalau waida nak tambah masuk waida guna sos cili kimball...letak 2 sudu.kalau takot terpedas tak payah letak pun tak pe). Gaul rata semua bahan. Masukkan santan/kerisik.Nak jadikkan macam pes pun boleh tapi hati-hati takot garing sangat sampai hangit.kecilkan sedikit api.
3] sekarang,masukkan air stok/rebusan tadi,gaul perlahan. Agak-agak sudah sebati atau sudah menggelegak sikit..tambah sikit air biasa untuk bagi banyak kuah.gaul. Api boleh besarkan sikit/sederhana. Kalau ada bahagian tulang ayam boleh lah masukkan,kentang ke.. Tak ada tak ape.
4] masukkan garam, ajinomoto atau perasa... Rasa clear dah boleh tutup api. Kalau rasa tak kick ?tambahlah apa patut. Kalau yang taknak guna kerisik atau santan pun tak pe..maksudnye tak payah letak.
**Biasanya orang johor suka makan mee kari samada perah limau kasturi ataupun makan bersama dengan jeruk lada. Urmppp!!!
serving suggestion by picture... Tak ada. Tapi by writing ada.hehehe eleh korang semua mesti tahulah nak serve diri sendiri ye tak? Kalau tak tahu pergi google sekarang..
Kamu semua jangan lupa celor mee,sayor sawi dan taugeh ye... Hope enjoy. Any comment,question.. wrote down wokey.
-wassalam
Friday, May 10, 2013
My point of view as...
What are the things that make people broke apart?
There are three main things that contribute :
1) money
2) power
3) desire
Then,what should we do to rid those things?
We can't. We need to have those three to build a nation...
But how? How can somethings that make people splits can be something we need to build a nation?
Assalammualaikum bloggi.. Akibat sakit hati dengan cerita korea yang dekat ONE tu..tajuk die You're still the one' malas nak tengok and terus terfikir nak post tentang sesuatu... Mesti bloggi da baca yang kat atas tu..sapa boleh jawab? Kehangatan PRU13 masih meluap-luap... Waida aktif FB..so frenzi FB dok post,shared siap ada buat DP blackout... Teruja tengok sebab anak muda ghairah dan concern tentang negara.. Tapi ada juga yang ingin buat orang konfius.. Ada isu racist... Siap ada yang bangkitkan peristiwa 13 Mei 1969... Macam-macam lagi....
Tak boleh dinafikan obsesi sesetengah pihak terhadap parti politik yang mereka sokong sangat-sangat menakutkan... Bagi yang baru mengenali atau baru memasuki alam pendedahan politik- mak aii susah nye ayat- maksudnya bagi 1st time voters.. Macam waida... (bukan sebab lambat daftar oke..sebab memang tahun ni baru boleh vote).. Waida sangatlah takot... Siapa yang kita pilih... Tepatkah pilihan kita.. Mampukah "Dia" mentadbir.. Apa jadik kalau kerajaan bertukar dan apa pulak kemajuan kalau kerajaan masih kekal sama... Memang before ni waida elak untuk diskus pasal politik.. Sebab waida kurang paham isu politik... Dalam soal ni..kita tak boleh sembarang komen..dan tentulah sesuatu yang tak boleh di elak kerana ini adalah masa depan negara yang membabitkan kita juge.. Manifesto kerajaan dan pembangkang kalau kita compare kan.. Dua-dua pun banyak sangat kemudahan dan kelebihan yang ditawarkan... Sangat mempengaruhi persepsi dan pengundian.. Tapi mana satu yang tepati janji? Ikhlaskah mereka mewartakan segala kate-kate? Yang mana satu yang sebetulnya membela nasib rakyat? ... Pilihan di tangan kita... Betul... Tapi bagaimana kita pilih? Kite pilih sebab mak bapak kita atau family memang sokong ' X ' jadik kite pon sokong... Atau kite pilih mengikut kebijaksanaan dan kemampuan beliau?
soalan ni juge yang menari-nari siap buat breakdance kat otak... Sebagai 1st time voters.. Waida memang takot... Takot apa? Payah nak diceritekan melalui kata-kata... Cume waida selalu pesan generally pada frenzi... Kalau post something atau shared something biarlah ianya berguna dan pastikan ianya fakta belake.. Sekarang ramai dah putar belit sejarah... Yang kat buku text sekola tentulah ada yang dah di sunting... Yang sebenarnya siapa yang tahu? Kita pun tak tahu kalau-kalau info yang diberikan dah di tokok tambah atau di kurangkan faktanya...
Setiap orang yang bertanding mempunyai kepentingan masing-masing... Sekarang sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13 cuba menuntut keadilan... Tetapi berbaloi ke? Sepatutnya mereka perlu fikir apa langkah yang paling penting selepas PRU13? Perlu ke bergadoh? Perlu ke perarakkan? Perlu ke celebration? Penting ke rusuhan? Perlu ke membuat bantahan? Yang waida rasa perlu ialah janji atau segala butiran dalam menifesto awal yang di kemukan kepada rakyat perlulah di proceed.. Nampakkan sedikit progress... ACT THE TALK... Betul tak? Setiap DUN sudah ditentukan.. Mereka ini perlu bekerja gigih untuk memastikan kerusi yang mereka pegang tidak goyah.. Kerusi itu ibarat amanah rakyat.. Orang nak lihat kemajuan.. Bagi yang mengekalkan kerusi.. Tahniah tapi perlu ada perubahan dan menaik taraf perkhidmatan.. Bagi yang berjaya merampas kerusi juga tahniah... Semestinya wajib menunjukkan kredibiliti serta perubahan baik dari pentadbiran terdahulu... Tak kira kerajaan atau bukan.. Matlamatnya haruslah satu..sama... Maksudnya kepentingan terhadap rakyat,keamanan,perubahan dan kemajuan dari segi ekonomi,pentadbiran dan sebagainya.. Dan bukannya kepentingan sendiri semata-mata...
Ini semua dari perspektif waida... Dan semestinya undi itu rahsia.. Juga taklah nak cerite tentang buruk baik kerajaan atau pembangkang... Kita rakyat bukan saja ingin pembaharuan malah perubahan juga kemajuan... Tak kira yang mentadbir itu kerajaan sekarang atau pembangkang... Kita taknak mereka mempergunakan kita... Kita berhak menentukan siapa yang harus mentadbir kerana kita bekerja,membanting tulang,memerah keringat... Sedikit sebanyak kita ada menyumbang bakti dan jasa terhadap negara... Kita mahu balasan setimpal..usaha kita dalam memajukan negare,menjayakan target negare haruslah di hargai... Kepercayaan yang diberi haruslah dijaga dan dikukuhkan dengan menunjukkan kita bukti yang mereka deserve the place they are now sitting.
#yang baik datangnya dari Allah,yang buruknye datang dari diri waida sendiri.. Kalau bloggi yang baca nak bagi pendapat,atau nak membetulkan penulisan waida...with open heart you're always welcome... Waida memang kurang dalam bab politik.. Ini hanyalah point of view bagi 1st voters like me.. #seram nak publish entri politik!! ÷|