Friday, January 9, 2015

Tahun Baru 2015

Assalammualaikum bloggi. Alhamdulillah sudah 9 hari kita di tahun yang baru. Perancangan demi perancangan dibuat. Perancangan yang tergendala juga cuba di progress. Tahun 2015 ni, macam-macam kena fikir. Umur pun dah masuk 25. Nak rasa berubah sangat tu tak delah cume masa dah semakin suntuk. Nak kejar cita-cita,nak buat itu ini cam dah tak cukup masa pulak waida rasa. Dalam masa 5 tahun ni memang waida kena struggle for my better life.
Nak cerita pasal kerja,Semalam waida ke satu pusat taska area taman waida. Ada kekosongan untuk pengasuh di taska.kawan waida tag waida kat FB. Waida mula-mula tak nak sebab waida jaga anak saudara waida yang 3 orang ni pun rasa nak pitam walaupun dengan bantuan mak inikan pulak nak jaga anak-anak yang ramai. Kita tak kenal. Jaga budak ni bukan mudah. Ni suatu cabaran terbesar untuk ibubapa atau pengasuh. Macam-macam kerenah yang kita mungkin belum pernah jumpa kan.
Ok continue balik,semalam petang waida pun pergilah kat taska tu. Jumpa owner taska tu yang mesra. Kita pon berbual-bual. Dia tanya waida before ni buat apa,duduk mana,single ke married,pernah jaga budak tak, gitulah antara soalan yang ditanya. Waida pon jawab and then waida pulak soal dia balik. Masa kerja macammana,hari bekerja,gaji,total anak-anak kat sini berapa,cuti hari apa. So far bila dia terangkan pasal waktu bekerja macam takde masalah bagi waida. Masa bekerja dia ada dua shift. Shift pertama dari pukul 6:30 pagi sampai 5 petang dan satu lagi dari pukul 8:30 pagi ke 6:30 petang. Hari bekerja pulak ahad sampai jumaat tapi kalau ada cikgu yang hantar anak dia hari sabtu kira OT la. Dia kira sehari rm 15 untuk hari sabtu kalau ada la. Untuk gaji permonth pulak dia bagi rm 500 je and ada potongan kwsp. Ermm..waida rasa tak berbaloi. Anak-anak dia pulak ada 13 orang termasuk seorang baby umur dalam 5-6 bulan.lingkungan anak-anak yang lain dari umur 2 tahun ke 5 tahun. Berbaloi tak bloggi semua? Memang dia ada bagi inisiatif kerajinan. Dan gaji mungkin bertambah ikut cara dan skill waida kendali budak-budak kat situ. Tapi waida rasa tak berbaloi laa.. Kalau ada OT pun hanya tambah
15 ringgit je. 500 tu pun belum tolak kwsp. Lepas tolak tinggal berapa je. Zaman sekarang nak hidup dengan gaji 500 tu macam tak relevan. Memanglah waida belum kahwin tapi tak semestinya waida takde tanggungan. Takkan tak bagi mak sikit. Takkan tak nak belanja diri sendiri. Walaupun dekat dengan rumah waida,minyak jugak. Waida nak pergi hantar dan ambil balik anak saudara waida yang sekolah tu lagi.tak sampai sebulan da habis gaji. Tak sempat merasa. Waida faham dia persendirian. Waida bajet dia bagi dalam 900 paling murah lah tu. Lepas tolak kwsp masih ada lagi balance 8 ratus lebih. Dapatlah menyimpan walaupun tak banyak. Lepas bincang dengan mak,mak pon rasa tak berbaloi. Mak kata tak payahlah ambil job tu. Insya allah ada rezeki yang lain. Oh ye, dia ada cakap,nama yang bekerja di taska dia akan di hantar ke badan kebajikan pastu waida akan dapat suntikan sebab  taska dia under KKM jadik orang kesihatan akan selalu pantau. Tapi still itu saja kan. Walaupun sekarang harga minyak dah turun tapi harga barangan tak turun,ada yang naik lagi. Ya Allah mungkin bukan rezeki aku. Mungkin bukan tempat aku. Baru kejap tadi waida kol dia nak tolak job tu. Sekarang masih riki-riki tempat lain. Isnin nanti waida nak pergi ke satu kilang.jauh sikitlah dari rumah. Kilang kain. Nak try mintak kerani kat situ. Ada rezeki waida,insya allah adalah.
Stop bab kerja,bab study biology. Ya Allah tak start lagi pun! Pening! Sekarang plannya nak fokus paper 2 and 3. Dua paper ni banyak markah tapi kena hati-hati jawab sebab salah eja pun boleh tolak markah. Waida try dulu plan waida yang ni,kalau tak berjaya jugak tukar plan lain la pulak kan. Insya allah,harap berjalan dengan lancar. Aamiin
Okaylah korang sampai sini dulu. Tapi sebelum tu, ucapan takziah untuk flight AirAsia, for pantai timur, harap bersabar dengan dugaan ALLAH. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Jangan lupa solat dan berdoa. For negeri lain yang terlibat dalam musibah banjir juga teruskan bertawakal dan berdoa. Allah lebih mengetahui setiap yang berlaku. And for the new bloggi, thank you. We are all friend here. :)
Wassalam.