Assalammualaikum bloggi..entri kali ni more pasal soal jawab.. (sawan tengah malam ke minah ni??) huh..maybe..politik? No..no..no.. No political views,no political discussion and what so ever bout politics... (jangan risau waida tetap menjalankan tanggungjawab sebagai malaysian residence..)..
Wow gitu kenyataan..wokey...sebenarnya di awal-awal post... Waida cakap waida berhenti kerja..nak chasing cita-cita...
Waida memang yakin dengan apa waida buat..bukan terlalu yakin...bukan nak show something...tapi waida rasa inilah masa terbaik untuk waida mulakan langkah...sesuatu kejayaan memerlukan pengorbanankan... Waida korbankan kerja yang stable,gaji yang agak tinggi untuk orang macam waida,..untuk sesuatu yang waida sendiri agak risau hala tujunya... Waida jumpa balik kawan sekelas waida.. Mula-mula waida berat jugak nak cerita..tapi mulut terasa ringan pulak nak bercerita dengan dia... Waida cakap at the last conversation..."aku risau sebenarnya..tapi aku kena kuat..." camtu lah lebih kurangnye... Dia kata nak tak dengar pendapat dia?..waida tak kisah..setiap kritikan, teguran, pendapat..waida akan dengar dengan selapang-lapang telinga.. Dan terima dengan hati yang terbuka... Waida tak nak jadik waida yang dulu..degil..taknak dengar pendapat orang lain..senang kata.. "i have learn my lesson" ..speaking you!!!
Pendapat dia... "baik kau kerja dulu...simpan duit banyak-banyak...aku dah pergi belajar aku tahulah susahnya belajar.. Itu pendapat aku.." lebih kurang macam tu.. Okay...waida akui..agak marah..kecewa..sebab waida dah bagitahu dia..nak jadik nurse..limit umur memohon tidak lebih 25 tahun.. Now, waida 23 tahun..bloggi boleh faham tak perasaan waida? Waida berusaha dan da tunggu dari lepas SPM lagi... Waida pun pernah pergi belajar.. Huh... Sorry...tiba-tiba terasa panas.. Okay..kata orang kalau sesuatu itu bukan milik kita..sekuat mana kita berusaha..ia tetap takkan jadik milik kita..waida akui.. Tapi macammana kita nak tahu? Hanya dengan berusaha setahun dua? Waida berdoa supaya diberi petunjuk dan disebabkan itu waida yakin... Walaupun susah nak dijelaskan gambaran atau rupa petunjuk itu..tapi waida yakin... Tak ada petunjuk yang lagi tepat melainkan petunjuk dari-Nya kan..
Cuma soal masa..soal usaha..soal kekuatan... Alhamdulillah.. Kekuatan datang dari family waida sendiri..kawan-kawan yang masih percaya dan menyokong waida.. Walaopon macam ucapan lepas dapat anugerah ABPBH... Tapi ini ucapan ikhlas yang waida nak luahkan... Lepas waida dengar pendapat dia..waida jadik bimbang..hati mula gegar..rasa tak selamat sebab..waida pun manusia biasa...waida hanya merancang..tapi yang menentukan hanya Allah... Bila waida dengar kata-kata macam ni..memang waida rasa longlai..rasa darah dah hilang..tapi bila waida tengok muka mak..muka orang yang percaya waida.. Kekuatan tu datang... Waida tahu waida boleh..bak kate orang futeh.. Determination is power..not power rangers or power puff girl.. But power of ruhaidah... \(· ® ·)/.. Nampak tak 'r' kat tengah tu..jangan main-main...nanti kena zasssss...
Fuhhh..tiba - tiba teringat reunion 25 mei nanti..urat kepala dah terbelit...sebab..of course ramai yang tanya soalan cliche..clishe..keleceh..(lantak la..)
1. kat mana sekarang
2.keje ke study lagi?
3.sekarang buat apa?
Lepas dapat tahu jawapan dari waida..
1. Owh...nak sambung belajar kat mana?
2.course apa?
3.habis tu..sekarang tak kerja la erk?
4. Nak ambik paper ulangan?subjek apa?
5.jadik kau duduk rumah dengan mak kau je la erk?
6.owh...(pastu renung mata lama-lama....)..good luck..
Psttsttt... Amat biasa yer dengan situasi ini.. Kadang - kadang naik rimas, tak selesa...sungguh tak selesa..sebab kita akan rasa rendah diri... Rasa sangat kecil walaupun besar.. Rasa tak sesuai nak keluar dengan diorang..rasa macam-macam...
Orang tak akan nak tahu pasal keluh kesah..masalah..kesulitan.kepayahan..kesusahan..kegagalan dari orang yang yang gagal atau orang yang belum berjaya...tapi bila orang tu da berjaya..ramai yang sibuk tanya bagaimana dia berjaya, perjalanan hidup sebelum berjaya, tips kejayaan dan sebagainya..betul tak? Itu yang waida pegang sekarang.. Bukan untuk jadi berlagak..sombong.. Tapi untuk ajar diri..untuk kuatkan semangat...
Sebab itu adalah lumrah manusia biasa... Prof. Dr. Muhaya cakap kalau kita selalu tengok orang, kita tak nampak diri..maksudnya kena cermin diri..kena selalu muhasabah diri.. Ujian dan dugaan yang datang mungkin juga dari dosa kita yang lama..waida akui waida bukan manusia sempurna banyak dosa waida buat... Harap dosa itu terhapus dengan adanya ujian dan dugaan macam ni... Allah turunkan ujian atau dugaan setimpal dengan kemampuan hambanya kan... Waida harap waida kuat dan terus tabah nak melalui ujian ni..huh...bicara hati pulak entri kali ni...waida harap...bloggi kat luar sana yang lebih kurang waida..teruskan usaha mengejar impian... Lebih baik menyesal selepas mencuba dari menyesal kerana tak mencuba langsung... Tapi jangan cuba yang bukan - bukan pulak..quote ni untuk mendorong melakukan perkara yang baik-baik je tau... Bloggi yang ada kawan-kawan atau family members yang macam waida..please jangan rendah-rendahkan dia... Siapa tahu akan perkara yang bakal terjadi..kita pun tak tahu kan apa yang terjadi pada saat yang akan datang kan..setiap detik saat itu pun perkara yang belum kita pasti..apatah lagi..masa yang akan datang..
Okaylah bloggi semua...terima kasih sebab sudi datang melawat ke page yang tak seberapa..kalau ada komen atau pendapat..leave kan kat comment bawah tu...waida akan membaca setiap kritikan dan pendapat.. Sebab we live because of others..we die if we all alone... Tanpa secebis makhluk atau ciptaan Allah...siapalah kita... Wassalam...
Friday, April 26, 2013
Kelam kelibot otak aku...
Sunday, April 21, 2013
Jahit oh jahit...
Wednesday, April 17, 2013
Kasih ayah sampai ke syurga...
Assalammualaikum bloggi... Hari ni.. 17 april adalah hari lahir arwah papa waida. Pejam celik pejam celik...rupanya papa dah hampir 11 tahun meninggalkan waida dan family. Hari ni pulak, suhu badan waida naik.. Sebenarnya dah dua hari kena selsema and sakit kepala.. Tapi hari ni suhu badan naik sampai tak boleh bangun.. Tapi pagi tadi sempat ke bank. Sempatlah jugak uruskan benda penting. Sakit kalau nak datang terjah..tak sempat kita nak buat apa kan..
Entri kali ni khas untuk papa. Setiap tahun kita akan sambut hari bapa. Seingat waida, waida hanya sambut sampai darjah 5.. Kalau sekarang korang tanya bila tarikh hari bapa? Waida memang tak boleh nak jawab. Tapi yang pasti tanggal 17 april takkan sesekali luput dari ingatan.
Tak boleh waida nak describe guna kata-kata bagaimana perasaan rindu yang datang... Mesti ada di antara korang yang pernah kehilangan kan..
Papa seorang yang tegas. Walaupun dia bukanlah orang melayu-islam (papa orang cina).. Tapi dia sangat mementingkan hal agama. Solat mesti berjemaah, puasa,..mengaji... Kami tiga beradik ni kadang-kadang malas nak berjemaah..macam-macam alasan bagi kat mak.. Bila papa tanya jer.. "dah ambil air sembahyang belum?" macam pelesit lari..cepat-cepat pergi kolam..hah..tahu takot..
Papa sangat suka memancing.. Hari ahad lepas tengok cerita dragon ball (minat gila cerita dragon ball...sampai set masa takot terlepas!).. Papa terus siap-siap nak pergi lubuk.. Kami tiga beradik perempuan pernah try pujuk papa suruh bawak kita orang pergi tapi alasan papa...
" korang ada buah? Kalau ada baru ikut).. Hihihi of course la takde kan...tak payah pujuk lagi..memang jawapan "tak" la... Dengan motor honda lama.. Papa pergi seorang saja...susah dia nak ajak kawan dia. Mungkin lebih selesa kot... Hasil dari memancing ni susah lah nak di jangka.. Tapi papa pernah bawak balik ikan sebarau...sapa tahu ikan tu? Tak tahu go google now! Hihihi.. Ikan ni selalu main dekat air bersih.. Tak terlalu dalam.. But awas.. Walaupun daun yang jatuh..ikan sebarau ni cepat je dia lari. Mungkin rezeki arwah papa nak dapat... Mula-mula dia baling jauh.. Datang seorang hamba Allah (orang asli kat situ)..
Hamba Allah:"bang..nak tangkap ikan apa bang?"..
Papa:"ala dik.. Kalau boleh nak kelisa ke sebarau ke.."
Hamba Allah :"abang jangan baling jauh... Baling dekat je.. Umpan apa abang pakai?" .....
Papa:"cacing"
Hamba Allah: "abang guna jer biji kelapa sawit yang ranum tu..lagi satu bang..abang kena banyak sabar sebab ikan susah nak tangkap..tak boleh bising.."
Camtulah lebih kurang cerita yang arwah papa pernah cerita kat kita orang...
Kalau nak tahu besar mana ikan sebarau tu.. Besar tempat duduk motor honda tu..panjangnya pon sama.. Sisik dia pulak besar duit syiling 50 sen yang dulu..Dekat seminggu makan ikan tu tau..macam-macam style mak masak... Alhamdulillah...orang kata rezeki papa nak dapat hasil tangkapan mewah... Ada orang cina offer dia nak beli ikan tu..tapi papa kata tak boleh.. Sebab ni baru pertama kali dia dapat.. Dia nak bagi anak bini dia rasa..ya Allah.. Terima kasih papa...lepas dari tu papa hanya dapat belangkas... Daripada tak tahu makan sampai naik pengsan...hahahaha..sebab belangkas ni rasanya lemak...tahu jelah kalau setiap minggu dapat 2 ekor..(namanya pun belangkas..) sampai berkongsi dengan jiran... Tak larat nak habiskan..
Bloggi..yang membuatkan waida sangat sayang pada papa.. Waktu waida darjah satu..waida pernah jatuh dalam longkang sampai retak pergelangan kaki.. Papa dokong waida.. Cikgu ingat terseliuh..sampai satu botol minyak panas mak letak kat kaki tak rasa apa-apa..papa bawak pergi jumpa doktor..barulah tahu kaki waida bukan terseliuh tapi retak.. Time nak buang air besar and kecik susah..papa buatkan tempat duduk dari baldi untuk mudahkan waida nak membuang..papa buat lubang kat tengah-tengah... Papa angkat bawak pergi toilet..pergi mana-mana lah...papa lah lelaki pertama yang buat waida rasa happy sangat.. Papa jugak lelaki pertama yang puji waida cantik..hihihi masa tu waida tidur kat bilik mak.. Pastu papa balik dari tempat kerja nak rehat tengok waida pulak ada atas katil..mak nak kejut tapi papa tak bagi.. Papa renung waida..papa cakap waida cantik..waida dengar papa puji tapi sengaja buat-buat tidur..hehehe malu i tau...
Kalau nak cerita betapa kasih seorang ayah tu..memang tak habis page... Saat waida teringat waida kadang-kadang ada lukakan hati papa.. Tak sanggup rasanya menahan rasa menyesal.. Sebab papa dah tiada disisi..waida tak boleh nak minta ampun dari dia... Waida rindu saat dia bebel kat waida..marah... Dan paling waida rindu... Saat nak cium tangan papa.. (air mata dah laju nak keluar..).. Ya Allah..banyak dosa waida pada papa.. Bagi bloggi yang baca entri ni..boleh tak waida nak mintak tolong bacakan Al-Fatihah untuk papa waida.. Rosli@Charlie Ong bin Abdullah..
Dan waida harap..bagi yang masih ada papa... Jangan sia-siakan detik yang anda ada.. Bila saat mereka pergi selama-lamanya.. Harta banyak pun sudah tidak berguna.. Wassalam.
Tuesday, April 9, 2013
Rendang Daging Atok Saya...
bahan - bahan :
1kg daging
15 batang cili kering
7-9 biji bawang putih
2 biji bawang besar
2 senduk rempah daging
1 senduk rempah ikan - taknak pun takpe. saja untuk lagi rasa berempah.sedap kalau letak
7-9 batng serai ( diikat dan dititik)
3 helai daun kunyit (dihirs)
2 helai daun limau purut (dihiris)
rempah tumis - guna yang dalam paket rm 1.00
2 paket kerisik - kalau guna paket besar 1 paket saja
2 sudu gula
garam dan ajinomoto secukup rasa-sapa yang tak na pakai pak aji ..xpe..
minyak untuk menumis
Cara-cara:
* pertama sekali blend kan LADA KERING,BAWANG BESAR dan BAWANG PUTIH.
1. tumiskan rempah tumis sehingga nak bau.
2. setelah naik bau,masukkan bahan yang telah di blend. tumis sehingga pecah minyak.
( agak-agak da masak,ada bau naik..okaylah tu..)
3. kemudian,masukkan kedua-dua rempah kari.gaul rata dan biarkan dia masak seketika.
4. masukkan daging.gaul bagi dia bercampur dengan semua bahan. (kalau ada yang nak rebus sekejap daging..jangan bagi terlalu masak..biar dia half cook dan air rebusan jangan buang.)
5. sekarang,masukkan daun kunyit dan daun limau purut. gaul ..biar aroma dia naik sampai jiran sebelah melopong hidung dia.hahhaa...
6. barulah masukkan kerisik . gaul rata dan masukkan air ( kalau awak2 ada air rebusan daging..masukkan saja..kalau tak cukup baru tambah air biasa) . bila masukkan air pastikan dia menutupi daging tersebut atau sama paras dengan daging..jangan kurang atau terlalu lebih. kalau lebih sangat,jenuh nak menunggu kering.
7. agak-agak air susut sedikit. masukkanlah garam,gula,ajinomoto secukup rasa tekak awak semua.
8. gunakan api yang paling kecil untuk keringkan rendang tu. jangan lupa untuk gaul sekali sekala...nanti berkerak pula yang bawah tu.
okayla selamat mencuba. sorry tak dapatlah nak tunjuk sample gambar. waida tau awak-awak semua ni teror masak. hihihi..janga lupa feedback kalau dah cuba yee...
Friday, April 5, 2013
SaLaM UkHuAh..
insyaallah, 11 jun nanti waida akan duduk dan amek peksa tu...doakan waida dapat jawab semua soalan la yer...orang belaja sendiri ni susah sikit nak naik konfidennye lagi-lagi kalau subjek tu kita lemah...tapi waida selalu cakap kat diri sendiri "NO ONE BORN GENIUS WITHOUT AN EFFORT" ...speakang gitu... tapi kalau korang nak tahu..kata-kata semangat or inspired macamni mampu generate otak kita malah secara rohaninya pun..kita mampu berdepan dengan segala masalah dengan baik. otak kita akan menerima segala signal positif dan menggerakkan tubuh dengan lebih efektif..tapi kalau otak kita menerima signal negatif..badan kita akan mengalami kejutan..tu yang rasa nak pitam lah...pengsan lah..konfiden level kita pun jadik low kan... dan kalau nak tahu..bila kita ucap kata-kata positif pada orang lain bukan saja orang tu malah diri kita juga akan menerima isyarat positif..tapi kalau kita ucap kan perkara negatif..jangan terkejut kalau kita sorang je yang dapat isyarat negatif sebab penerimaan seseorang itu terhadap sesuatu berbezakan..eh dah macam prof. muhaya pulak..heeheee..