Tuesday, December 2, 2014

Come back with mission

Assalammualaikum sume bloggi...pergh lama gile menghilang. Ada yang rindu tak?last seen 31/3/14... Tu pon published novel blog. Ada yang suka tak?ada penyambungannya cuma tak published je. Kalau ada yang suka baru nak publish,gituu..hahhaa.
Ya Allah sekejap je rasanya da nak hujung tahun. Banyak juga benda yang jadi. angah waida selamat ditunangkan dengan putera pilihannya pada 25/10 aritu. Waida juga telah selamat..selamat apa? Selamat berhenti dari The Store. Hahahha... Agenda paling terkini yang nak di accomplish kan yelah study sebab nak reseat paper untuk subjek Biologi. Juga sesi diet turut berlangsung dengan agak berjaya walaupun slow. sekarang sudah turun 6kg. Waida ikut diet Atkin. Korang google la nanti. Perjalanan untuk dapat berat ideal tu jauh lagi. Insya Allah.
Sebenarnya dalam ini kepala banyak berat. Waida da beli buku koleksi kertas soalan SPM sebenar untuk 7 tahun berturut-turut dari 07-13 juga buku nota enotes Biology SPM dari susbadi. Promote niii..hihihi... Masalah satu je.. Sampai bab 2 dah pening-pening. Yelah lama tinggalkan sekolah. Da 7 tahun tinggalkan sekolah. Jenuh nak suruh otak aktif hafal balik kan. Masa SPM dulu waida dapat lulus je. Tak kredit. Kenapa baru sekarang?susah nak explain. Sebenarnya waida tak tahu pon boleh reseat paper ni. Waida mati-mati ingat paper yang boleh reseat hanya paper math,English dengan BM je. Nak jadikan cerita waida dapat call dari kolej swasta yang tawarkan waida belajar kat sana. Ni dari hospital swasta yang ada kolej untuk belajarlah..ermm..paham tak..hahaha.. Bila bagitahu result...tang Bio problem.. Die cakap kalau boleh reseat paper bagus jugak. Diorang nak save 1 seat untuk waida.pulunlah waida call PPD. Tanya punya tanya si PPD cakap boleh nak reseat paper bio ni.. Pulok! Kalau tahu gini,lama dah waida reseat tao! Takpelah semua jadik ada hikmahnya kan. Anggap yang baik -baik je la <<< ayat tenangkan otak.hahhaa... Ha ha ha...kembali pada problem asal. Cara efektif nak study bio ni.sape tahu angkat ketiak. Ok turun! Bau pening... ~~~ hah?tak angkat pon?hahahhaa
Dulu masa form 1 suka sangat subjek sains. Dengan markah biasa dapat 80 dan keatas. Waida da target nak jadik dokter. Sampai naik form 4... Mula menipis harapan nak jadik dokte. Sebab kurang faham dengan cara cikgu yang ajar subjek ni. Minat dah mula kuranglah sebab tak paham punya pasal. Ampun tuanku maaf diampun. Bukan nak salahkan Cikgu tu atau semua cikgu biologi didunia ni... First memang salah sendiri lah... Waida suka tanya. Tapi malangnya... Tetap tak dapat faham konsep yang cikgu tu ajar. Resultnya dapat lah D masa SPM. Berkecailah bayangan nak pakai pakai kot puteh tu... Tu yang beriya nak jadik nurse tu... Passion masih lagi tegoh terbako.huhuhu rasa tak bahang nye. Tak rasa?sebab kat rumah pakai aircond? Er...takpela..
Bila semangat ada tapi tak ada cara efektif nak study tu yang payah. Tusyen? Waida ada terfikir bab tu. Sekarang masih survey mana tempat yang ok yang boleh buat pelajar paham.yang paling penting paham. Sebab kalau paham.. Senang nak datang minat tu. And senang jugak nak masuk dalam otak yang nak menepu ni.
Sekarang ni ayat pembako semangat yang waida selalu cakap kat diri sendiri " subjek bio ni pon ko tak mampu camne nak belajar nurse karang?" tu dia... Mungkin pada orang lain biasa..tapi pada diri sendiri..rasa tercabar jugak walaupun diri sendiri yang cakap. Kan...kalau ada reader yang sekolah lagi.. Please wake up and do it now. Ubah pemikiran n jangan jadik macam waida. Semakin meningkat umur..otak semakin kurang aktif lagi-lagi bab belajar ni. Sebabnya banyak lagi bende kena pikir. Betulke? Senang cite time sekolah lah otak tak mudah tepu. Senang nak terima banyak benda. Tinggal sekolah je... Otak pon macam tertinggal sekali. Hahahaa...
Okaylah bloggi semua. Terima kasih kerana sudi singgah. Lagi bagus bagilah feedback. Waida seriusly suka berkawan. Boleh share pengalaman kan. Sampai sini dulu salam XOXO.
- wassalam

No comments:

Post a Comment