Assalammualaikum bloggi. Alhamdulillah sudah 9 hari kita di tahun yang baru. Perancangan demi perancangan dibuat. Perancangan yang tergendala juga cuba di progress. Tahun 2015 ni, macam-macam kena fikir. Umur pun dah masuk 25. Nak rasa berubah sangat tu tak delah cume masa dah semakin suntuk. Nak kejar cita-cita,nak buat itu ini cam dah tak cukup masa pulak waida rasa. Dalam masa 5 tahun ni memang waida kena struggle for my better life.
Nak cerita pasal kerja,Semalam waida ke satu pusat taska area taman waida. Ada kekosongan untuk pengasuh di taska.kawan waida tag waida kat FB. Waida mula-mula tak nak sebab waida jaga anak saudara waida yang 3 orang ni pun rasa nak pitam walaupun dengan bantuan mak inikan pulak nak jaga anak-anak yang ramai. Kita tak kenal. Jaga budak ni bukan mudah. Ni suatu cabaran terbesar untuk ibubapa atau pengasuh. Macam-macam kerenah yang kita mungkin belum pernah jumpa kan.
Ok continue balik,semalam petang waida pun pergilah kat taska tu. Jumpa owner taska tu yang mesra. Kita pon berbual-bual. Dia tanya waida before ni buat apa,duduk mana,single ke married,pernah jaga budak tak, gitulah antara soalan yang ditanya. Waida pon jawab and then waida pulak soal dia balik. Masa kerja macammana,hari bekerja,gaji,total anak-anak kat sini berapa,cuti hari apa. So far bila dia terangkan pasal waktu bekerja macam takde masalah bagi waida. Masa bekerja dia ada dua shift. Shift pertama dari pukul 6:30 pagi sampai 5 petang dan satu lagi dari pukul 8:30 pagi ke 6:30 petang. Hari bekerja pulak ahad sampai jumaat tapi kalau ada cikgu yang hantar anak dia hari sabtu kira OT la. Dia kira sehari rm 15 untuk hari sabtu kalau ada la. Untuk gaji permonth pulak dia bagi rm 500 je and ada potongan kwsp. Ermm..waida rasa tak berbaloi. Anak-anak dia pulak ada 13 orang termasuk seorang baby umur dalam 5-6 bulan.lingkungan anak-anak yang lain dari umur 2 tahun ke 5 tahun. Berbaloi tak bloggi semua? Memang dia ada bagi inisiatif kerajinan. Dan gaji mungkin bertambah ikut cara dan skill waida kendali budak-budak kat situ. Tapi waida rasa tak berbaloi laa.. Kalau ada OT pun hanya tambah
15 ringgit je. 500 tu pun belum tolak kwsp. Lepas tolak tinggal berapa je. Zaman sekarang nak hidup dengan gaji 500 tu macam tak relevan. Memanglah waida belum kahwin tapi tak semestinya waida takde tanggungan. Takkan tak bagi mak sikit. Takkan tak nak belanja diri sendiri. Walaupun dekat dengan rumah waida,minyak jugak. Waida nak pergi hantar dan ambil balik anak saudara waida yang sekolah tu lagi.tak sampai sebulan da habis gaji. Tak sempat merasa. Waida faham dia persendirian. Waida bajet dia bagi dalam 900 paling murah lah tu. Lepas tolak kwsp masih ada lagi balance 8 ratus lebih. Dapatlah menyimpan walaupun tak banyak. Lepas bincang dengan mak,mak pon rasa tak berbaloi. Mak kata tak payahlah ambil job tu. Insya allah ada rezeki yang lain. Oh ye, dia ada cakap,nama yang bekerja di taska dia akan di hantar ke badan kebajikan pastu waida akan dapat suntikan sebab taska dia under KKM jadik orang kesihatan akan selalu pantau. Tapi still itu saja kan. Walaupun sekarang harga minyak dah turun tapi harga barangan tak turun,ada yang naik lagi. Ya Allah mungkin bukan rezeki aku. Mungkin bukan tempat aku. Baru kejap tadi waida kol dia nak tolak job tu. Sekarang masih riki-riki tempat lain. Isnin nanti waida nak pergi ke satu kilang.jauh sikitlah dari rumah. Kilang kain. Nak try mintak kerani kat situ. Ada rezeki waida,insya allah adalah.
Stop bab kerja,bab study biology. Ya Allah tak start lagi pun! Pening! Sekarang plannya nak fokus paper 2 and 3. Dua paper ni banyak markah tapi kena hati-hati jawab sebab salah eja pun boleh tolak markah. Waida try dulu plan waida yang ni,kalau tak berjaya jugak tukar plan lain la pulak kan. Insya allah,harap berjalan dengan lancar. Aamiin
Okaylah korang sampai sini dulu. Tapi sebelum tu, ucapan takziah untuk flight AirAsia, for pantai timur, harap bersabar dengan dugaan ALLAH. Semua yang terjadi ada hikmahnya. Jangan lupa solat dan berdoa. For negeri lain yang terlibat dalam musibah banjir juga teruskan bertawakal dan berdoa. Allah lebih mengetahui setiap yang berlaku. And for the new bloggi, thank you. We are all friend here. :)
Wassalam.
Friday, January 9, 2015
Tahun Baru 2015
Tuesday, December 2, 2014
Come back with mission
Assalammualaikum sume bloggi...pergh lama gile menghilang. Ada yang rindu tak?last seen 31/3/14... Tu pon published novel blog. Ada yang suka tak?ada penyambungannya cuma tak published je. Kalau ada yang suka baru nak publish,gituu..hahhaa.
Ya Allah sekejap je rasanya da nak hujung tahun. Banyak juga benda yang jadi. angah waida selamat ditunangkan dengan putera pilihannya pada 25/10 aritu. Waida juga telah selamat..selamat apa? Selamat berhenti dari The Store. Hahahha... Agenda paling terkini yang nak di accomplish kan yelah study sebab nak reseat paper untuk subjek Biologi. Juga sesi diet turut berlangsung dengan agak berjaya walaupun slow. sekarang sudah turun 6kg. Waida ikut diet Atkin. Korang google la nanti. Perjalanan untuk dapat berat ideal tu jauh lagi. Insya Allah.
Sebenarnya dalam ini kepala banyak berat. Waida da beli buku koleksi kertas soalan SPM sebenar untuk 7 tahun berturut-turut dari 07-13 juga buku nota enotes Biology SPM dari susbadi. Promote niii..hihihi... Masalah satu je.. Sampai bab 2 dah pening-pening. Yelah lama tinggalkan sekolah. Da 7 tahun tinggalkan sekolah. Jenuh nak suruh otak aktif hafal balik kan. Masa SPM dulu waida dapat lulus je. Tak kredit. Kenapa baru sekarang?susah nak explain. Sebenarnya waida tak tahu pon boleh reseat paper ni. Waida mati-mati ingat paper yang boleh reseat hanya paper math,English dengan BM je. Nak jadikan cerita waida dapat call dari kolej swasta yang tawarkan waida belajar kat sana. Ni dari hospital swasta yang ada kolej untuk belajarlah..ermm..paham tak..hahaha.. Bila bagitahu result...tang Bio problem.. Die cakap kalau boleh reseat paper bagus jugak. Diorang nak save 1 seat untuk waida.pulunlah waida call PPD. Tanya punya tanya si PPD cakap boleh nak reseat paper bio ni.. Pulok! Kalau tahu gini,lama dah waida reseat tao! Takpelah semua jadik ada hikmahnya kan. Anggap yang baik -baik je la <<< ayat tenangkan otak.hahhaa... Ha ha ha...kembali pada problem asal. Cara efektif nak study bio ni.sape tahu angkat ketiak. Ok turun! Bau pening... ~~~ hah?tak angkat pon?hahahhaa
Dulu masa form 1 suka sangat subjek sains. Dengan markah biasa dapat 80 dan keatas. Waida da target nak jadik dokter. Sampai naik form 4... Mula menipis harapan nak jadik dokte. Sebab kurang faham dengan cara cikgu yang ajar subjek ni. Minat dah mula kuranglah sebab tak paham punya pasal. Ampun tuanku maaf diampun. Bukan nak salahkan Cikgu tu atau semua cikgu biologi didunia ni... First memang salah sendiri lah... Waida suka tanya. Tapi malangnya... Tetap tak dapat faham konsep yang cikgu tu ajar. Resultnya dapat lah D masa SPM. Berkecailah bayangan nak pakai pakai kot puteh tu... Tu yang beriya nak jadik nurse tu... Passion masih lagi tegoh terbako.huhuhu rasa tak bahang nye. Tak rasa?sebab kat rumah pakai aircond? Er...takpela..
Bila semangat ada tapi tak ada cara efektif nak study tu yang payah. Tusyen? Waida ada terfikir bab tu. Sekarang masih survey mana tempat yang ok yang boleh buat pelajar paham.yang paling penting paham. Sebab kalau paham.. Senang nak datang minat tu. And senang jugak nak masuk dalam otak yang nak menepu ni.
Sekarang ni ayat pembako semangat yang waida selalu cakap kat diri sendiri " subjek bio ni pon ko tak mampu camne nak belajar nurse karang?" tu dia... Mungkin pada orang lain biasa..tapi pada diri sendiri..rasa tercabar jugak walaupun diri sendiri yang cakap. Kan...kalau ada reader yang sekolah lagi.. Please wake up and do it now. Ubah pemikiran n jangan jadik macam waida. Semakin meningkat umur..otak semakin kurang aktif lagi-lagi bab belajar ni. Sebabnya banyak lagi bende kena pikir. Betulke? Senang cite time sekolah lah otak tak mudah tepu. Senang nak terima banyak benda. Tinggal sekolah je... Otak pon macam tertinggal sekali. Hahahaa...
Okaylah bloggi semua. Terima kasih kerana sudi singgah. Lagi bagus bagilah feedback. Waida seriusly suka berkawan. Boleh share pengalaman kan. Sampai sini dulu salam XOXO.
- wassalam