Friday, December 26, 2014

Pray for pantai timur

Assalammualaikum bloggi semua. Alhamdulillah dah sampai pertengahan bulan disember. Sekarang mak ayah dah sibuk nak buat persiapan sekolah anak-anak. Tahun depan anak saudara waida yang sulung Emraan nak masuk darjah 1. Adik dia pulak, Qaseh masuk tadika tapi dia baru 4 tahun. Saja suruh dia berjinak dengan alam sekolah sambil-sambil belajar pelajaran asas. Sayu hati bila kita sibuk dengan nak menyiapkan segala persiapan sekolah anak-anak,saudara kita yang berada di pantai timur ditimpa musibah banjir. Kebanyakkan tempat tenggelam. Bangunan yang tinggi turut tenggelam. Dari info dan update di facebook, ramai orang yang berpindah namun tempat pemindahan juga turut terkena banjir. Malah ada yang sempat berpindah di atas bukit namun terputus bantuan. Ada yang nak bersalin,ada yang tersangkut di perhentian mana-mana. Masya Allah, tak sanggup nak baca. Ada yang tak dapat bantuan,terputus hubungan,bekalan makanan berhari-hari. Kalau kita yang dewasa ini mungkin boleh bertahan tapi kalau budak-budak? Baby? Ya Allah... Waida tak mampu nak luah kata-kata. Terkilan sungguh waida, negara kita sedang berhadapan dengan musibah banjir yang teruk di pantai timur tapi ada pihak yang sibuk dengan konsert Ambang 2015. Apa seronok ke sambut tahun baru ketika ada saudara kita yang memerlukan bantuan kita?3 juta diperuntukkan untuk konsert itu...sedangkan 3 juta tu diperlukan oleh mereka yang sedang di timpa musibah. Kurang bekalan makanan,pakaian,pampers,tuala wanita,selimut. Itu belum dikira dengan segala kerosakkan rumah apatah lagi persiapan nak ke sekolah. Waida tak paham. Konsert itu langsung tak penting! Sepatutnya buat solat hajat,perbanyakkan doa, tak kiralah diwaktu negara ditimpa musibah atau tidak. Tahun-tahun berikutnya pun...anjurkan pengisian kerohanian di malam tahun baru. Barulah kurang statistik anak luar nikah yang lahir akhir tahun nanti! Orang tengah sibuk,risau,takut,bersedih dengan apa yang berlaku di pantai timur, mereka boleh sibuk dengan konsert yang tak berfaedah. Siapa kata tak boleh berhibur tapi tengoklah keadaan. Masya Allah, manusia akhir zaman yang lebih mementingkan seronok dari saudara mereka sendiri. Masya Allah. Waida mohon kepada semua blogger dan pembaca, berdoalah untuk saudara kita yang disana. Waida harap waida berada disana membantu mereka tapi apekan daya hanya doa saja mampu diutus dari kejauhan. Ya allah perkenankanlah doa kami. Bantulah saudara kami yang dalam kesusahan.tabahkanlah hati mereka untuk menerima ujianMu ya Allah. Turunkanlah hujan itu sebagai rahmat dan bukanlah sebagai musibah. Ya Allah permudahkanlah bantuan untuk sampai kepada mereka yang memerlukannya. Ya Allah,lindungilah mereka dari sebarang mara bahaya. Aamiin ya rabbal alamin.
#PRAYFORPANTAITIMUR#PRAYFORPANTAITIMUR#PRAYFORPANTAITIMUR#PRAYFORPANTAITIMUR

No comments:

Post a Comment