Wednesday, May 15, 2013

Resepi mee kari mak haku :D

Assalammualaikum bloggi..hari ini..nak kongsi resepi mee kari mak gayah( my mom :> ) .. Hari tu janji nak kongsi resepi rempeyek kan..waida tak lupa tapi kebetulan mak gayah nak buat sikit so,dapatlah waida snap pix nanti shared dengan kamu orang.. So tunggu tao... Mee memang feveret waida dari kecik lagi.. Bagilah berape jenis pon..suke sangat.. ( tapi kalau kurang enak... Urm.hehehe ).. Tak payah cerite panjang... Turunkan anak mata kamu ke bawah..

Bahan- bahan »

Ayam -1/2 ekor / 1 ekor (sh)
Udang - 1/2 kg (sh)
Daging - 1/2 kg (sh)
Kerang - 1kg (sh)
Bawang putih -7 ulas
Bawang besar - 2 biji
Halia - sikit/seruas jari-jemarimu
Kari daging - 3 sudu
Kari ikan - 2 sudu
Ikan bilis - segenggam (tak nak letak pun tak pe)
Lada kering - 9-10 batang ( ikot nak pedas mana)
Kerisik - 3 sudu / santan
Daun kari - sesedap petik
Rempah tumis - ikut suka/ rm 1.00
Garam & mak aji - ikot rase tekak

*** SH - SUKA HATI

Cara-cara»

· mula-mula rebus ayam,kepale udang/udang,kerang dan daging secara berasingan. Kalau kamu nak guna satu air pun boleh.maksudnya,mula -mula rebus daging bila dah empuk keluarkan daging masukkan ayam dan seterusnya. Untuk udang,guna kepale udang sekali sebab banyak rase kat kepale die       badan udang pun boleh rebus sama tapi jangan lama,agak-agak dah kuning/oren kepale udang/badan udang tu,then boleh angkat.. Untuk kerang... Awak JANGAN rebus masuk dalam air rebusan yang sama.. Kerang rebus ASING ok... Air rebusan ayam + daging + kepala udang & badannya.. Jangan buang...ini adalah stok untuk menambah rase dan kelazatan kuah.
Ayam tu untuk yang bahagian isi boleh lah dicerai-ceraikan halus-halus, bagi bahagian tulang boleh campak masuk kuah nanti, samalah yang daging pun..nak cerai-ceraikan isinya pun boleh.kepala udang lepas dah rebus boleh hantar masuk tong sampah. Asingkan kesemua bahan ini dalam mangkuk berasingan untuk tujuan toping mee..( toping ke? Ala untuk letak atas mee bukan untuk masuk dalam kuah ye).
· kemudian blenderkan ikan bilis bersama lada kering,  bawang besar, bawang putih dan halia. Dah bagitahu tadi kalau tak nak guna ikan bilis..pun takpe.

1]  tumis rempah ratus sehingga kembang lubang hidong..ehehe sampai naik bau ye.. Kemudian,masukkan bahan-bahan yang telah dikisar/di blend kan tadi. Tumis sampai pecah minyak.. ( pastikan masak ye semua bahan, nanti sakit perot)

2] masukkan rempah kari daging dan kari ikan. Kalau tak mahu letak kari ikan pun tak pe..tapi mungkin boleh lebihkan sedikit kari daging dalam setengah ke satu sudu.masukkan daun kari. Gaul rata.Boleh jugak ditambah sos cili ( biase kalau waida nak tambah masuk waida guna sos cili kimball...letak 2 sudu.kalau takot terpedas tak payah letak pun tak pe). Gaul rata semua bahan. Masukkan santan/kerisik.Nak jadikkan macam pes pun boleh tapi hati-hati takot garing sangat sampai hangit.kecilkan sedikit api.

3] sekarang,masukkan air stok/rebusan tadi,gaul perlahan. Agak-agak sudah sebati atau sudah menggelegak sikit..tambah sikit air biasa untuk bagi banyak kuah.gaul. Api boleh besarkan sikit/sederhana. Kalau ada bahagian tulang ayam boleh lah masukkan,kentang ke.. Tak ada tak ape.

4] masukkan garam, ajinomoto atau perasa... Rasa clear dah boleh tutup api. Kalau rasa tak kick ?tambahlah apa patut. Kalau yang taknak guna kerisik atau santan pun tak pe..maksudnye tak payah letak.

**Biasanya orang johor suka makan mee kari samada perah limau kasturi ataupun makan bersama dengan jeruk lada. Urmppp!!!
serving suggestion by picture... Tak ada. Tapi by writing ada.hehehe eleh korang semua mesti tahulah nak serve diri sendiri ye tak? Kalau tak tahu pergi google sekarang..
Kamu semua jangan lupa celor mee,sayor sawi dan taugeh ye... Hope enjoy. Any comment,question..  wrote down wokey.
-wassalam

2 comments:

  1. Salam,

    tak pernah try lak buat kuah mee kari campur rempah..boleh try ni..mamca sedap jer..kalau letak gambar mesti lagiterliur nih :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. :)

      Rempah?rempah ratus ye? Mak waida memang letak... Bunga lawang,kayu manis,pelaga.. Tapi kalau xnak letak boleh juge.. Tapi kalau nak letak tapi taknak banyak..letak je kayu manis..pecah2kan pastu tumis sampai naik bau. Waida nak letak gambar..tapi dah makan habis baru ingat..macammana? Hehehe..slamat mncube..

      Delete